Jual rumah untuk bayar hutang

on Monday, 17 February 2014


Preity Zinta

ANTARA berita panas dalam dunia hiburan Bollywood kini adalah kononnya pelakon cantik Preity Zinta, 40, ketika ini dibebani hutang yang amat teruk. Dalam memastikan dia mampu membayar kesemua hutangnya itu, khabarnya Preity bakal berpindah keluar dari rumah mewahnya.

Rumah yang terletak di kawasan pilihan di Khar, Mumbai itu akan disewakan kepada mereka yang berminat. Memandangkan ia memang menjadi idaman ramai, tentunya tidak susah untuk pelakon cantik itu mendapatkan penyewa secepat mungkin dengan harga yang lumayan bagi membantu dia menyelesaikan masalah hutang.

Masalah hutang pelakon cantik itu bermula apabila dia memilih untuk menerbitkan sebuah filem dengan kos yang amat besar. Filem pertama terbitannya Ishkq In Paris menjalani penggambaran sepenuhnya di Perancis. Walaupun akhirnya filem itu dapat ditayangkan namun penangguhan filem itu banyak memberi kesan kepada kewangan Preity.

Menjawab soalan sama ada benar dia mempunyai masalah kewangan baru-baru ini, Preity nampaknya hanya ketawa.

Dia mengibaratkan khabar angin tersebut sebagai satu lagi drama dalam kehidupan glamor yang dimiliki dirinya, dia tidak lari daripada menjawab soalan berkenaan dengan cara tersendiri.

“Banyak sangat drama dalam laporan tersebut, kononnya saya kini hidup dalam ketakutan kerana dikejar pemiutang.

“Saya harap mereka di luar sana perlu mencari skrip drama yang lebih baik. Tiada apa yang berlaku dalam kehidupan saya kini," katanya sambil ketawa.

Pelakon jelita dengan imej berlesung pipit itu memulakan kariernya sebagai pelakon untuk filem Dil Se, hampir berbelas tahun dalam dunia lakonan Preity juga kini dikenali sebagai usahawan terkenal. Masih keliru bagaimana kisah dia kini terjebak dalam masalah hutang timbul, Preity bagaimanapun sempat menegaskan rumah mewahnya itu tidak akan disewakan.

“Memang saya tiada niat untuk menyewakan rumah itu. Jujurnya , saya tidak mengalami sebarang masalah dalam kewangan. Dan buat masa ini, keadaan saya juga masih baik," katanya.

Tidak menolak untuk merasa menyampah dengan khabar angin tersebut, pelakon yang mempunyai Ijazah dalam Psikologi Jenayah ini juga mahu perkara ini di hentikan. Menurut Preity akibat dari kisah tidak benar ini banyak di antara rakan-rakanya mula risau akan keadaannya.

“Mereka mula bertanyakan keadaan kewangan saya, mungkin risau dengan khabar angin tersebut," katanya marah.
sumber: http://ohgasak.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved