Isteri kekasih Hanez Suraya nafi sudah bercerai dengan suami

on Wednesday 26 February 2014


Semalam pelakon Hanez Suraya memberikan kenyataan melalui Harian Metro dengan mengatakan kekasih hatinya berstatus duda anak dua dan bukan lagi suami orang.

Bagaimanapun, portal rotikaya baru sahaja menerima beberapa e-mail dari rakan isteri jejaka terbabit yang menafikan dakwaan Hanez semalam dan memberitahu bekas kekasih Awi Rafael itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur penipuan.

Untuk lebih lanjut berkenaan isi kandungan beberapa e-mail yang diterima oleh portal rotikaya, anda boleh baca di bawah.

"Sumber kami memberitahu yang jejaka bernama R itu masih bergelar suami kepada isterinya namun mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak hari raya Aidilfitri yang lalu selepas satu perselisihan faham antara mereka.

Sumber turut menyatakan yang isterinya itu kini sedang makan hati dengan Hanez Suraya selepas kenyataan yang dikeluarkan selain mendakwa R kini lebih berpihak kepada pelakon itu walaupun mereka masih suami isteri.

Sumber lain pula ada memberitahu kami yang Hanez Suraya & R bukan sahaja keluar bersama namun sudah pun keluar bercuti ke luar negara bersama sebelum ini walaupun dinafikan pelakon itu ketika ditanya oleh wartawan Melodi."

Sebagai informasi, Hanez bakal mengadakan sidang media khas esok bagi menjawab kontroversi yang sedang hangat diperkatakan orang ramai di laman sosial dan media massa. Jadi, kita tunggu sahaja penjelasan lanjut beliau nanti.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved