Isteri Kedua Ashraf Muslim Tayang ‘Baby Bump’

on Tuesday 4 February 2014


Pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah dahulu pernah dihambat kontroversi apabila Ashraf Muslim bertindak untuk merahsiakan perkahwinan tersebut daripada umum, termasuklah daripada pengetahuan isteri pertamanya, Dayana.

Bagaimanapun, Ashraf Muslim bijak melayari bahtera perkahwinan apabila hubungannya dengan kedua orang isterinya berjalan lancar. Malah, hubungan Dayana dan Wan Sakinah juga semakin baik.
Foto romantis Wan Sakinah dan Ashraf Muslim

Terbaru, Wan Sakinah telah berkongsi beberapa keping foto ‘baby bump’ menerusi akaun Instagramnya. Melalui apa yang dilihat, dijangkakan tak lama lagi Ashraf Muslim bakal bergelar ayah.

Foto yang dipercayai diambil ketika mereka berdua bercuti di Pulau Langkawi itu jelas menunjukkan wajah kegembiraan pasangan ini menanti kelahiran anak sulungnya itu.
Kredit Foto : Instagram Wan Sakinah
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved