Dari hari ke sehari, pelakon muda, Sara Ali, 24, dilihat semakin akrab dengan pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya iaitu Nur Fazura Sharifuddin.
Sara dan Fazura, 31, sering kali bertemu dan hang out bersama sekiranya tiada sebarang komitmen kerja seperti yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.
Sara juga mengakui dirinya mula rapat dengan pelakon jelita itu sejak sama-sama membintangi filem Kami Histeria yang dirakamkan pada 2012.
Pelakon genit ini juga mengakui Fazura mahukan dirinya jadi seperti idolanya itu dari segi pembawakan diri dan berfesyen.
“Saya dah anggap Fazura seperti akak saya dan dia pun begitu kerana Fazura nampak saya dalam diri dia kerana saya seorang yang kasar dan temper dan dia lihat sama seperti dia muda dulu.
“Malah, Fazura sendiri ada cakap dia mahu saya jadi macam dia, maksudnya dari segi pembawakan diri dan sebagainya,” katanya memetik portal Murai.
Sebelum ini kecoh mengatakan Fazura mengecam pelakon Hanez Suraya yang dikatakan ingin meniru gayanya.Namun, dengan Sara, dia okay pula..
Mungkin orang yang rapat dengannya kot dibenarkan meniru gaya dan fesyen yang dibawakannya.
Tak gitu?
sumber: http://www.suarapeople.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment