Farah Fauzana Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Brithday 34 Tahun

on Friday, 7 February 2014


Setiap selebriti punya cara tersendiri untuk meraikan hari ulang tahun mereka dan selalunya Murai Batu lihat pasti artis akan menyambutnya dengan cara ala-ala party birthday di sebuah club atau restoran.

Tapi bagi penyampai radio, Farah Fauzana atau Fafau ini lain pula.

Haaa Murai Batu dapat tahu semalam dia telah mengadakan satu majlis kesyukuran dan doa selamat sempena hari jadinya yang jatuh pada hari ini.

Fafau yang menyambut ulang tahun ke 34 itu dengarnya telah menjemput tetamu untuk sama-sama membaca tahlil dan doa selamat di Yayasan Islam Shah Alam.

Fafau memberitahu dalam Instagram yang dia lega apabila sambutan hari jadinya tiada belon dan acara tiup belon seperti kebiasaan orang lain menyambut hari jadi.

Wah.memang tabiklah dengan sikap Fafau ni yang tidak sama dengan kebiasaan artis yang suka meniru gaya ala barat bila menyambut hari lahir.

Dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ibu bapanya, fafau turut menghadiahkan tetamu buku bacaan surah Yassin , doa selamat dan tahlil.

Apa-apa pun sempena hari jadinya doakan semoga Fafau dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta dipercepatkan bertemu jodoh yang baik hendaknya.
sumber:http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved