Empat beradik anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, hari ini memulakan sesi persekolahan selepas dibawa pulang ke negara ini 2 Februari lepas.
Empat beradik itu, Aishah Azizul Raheem, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, hari ini mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala dan Sekolah Kebangsaan Padang Kala yang terletak berhampiran rumah mereka di Kampung Wakaf Tok Wali di sini.
Aishah ditempatkan di kelas Tingkatan 3 Mulia dan Ammar di Tingkatan 1 Mulia sekolah menengah itu manakala Adam di kelas Tahun 6 Rajin dan Arif di Tahun 2 Rajin di sekolah kebangsaan. Kedua-dua sekolah itu terletak bersebelahan.
Keempat-empat mereka sebelum itu dikumpulkan bersama terlebih dahulu didewan sekolah menengah tersebut yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang.
Aishah dan Ammar kemudiannya menerima buku teks yang diserahkan Hussain.
Selepas itu Adam dan Arif yang dihantar ke sekolah kebangsaan.
Aishah yang ditemui sebelum memasuki kelasnya berkata dia dan adik-adiknya sangat gembira untuk bersekolah walaupun khuatir sukar untuk menyesuaikan diri.
"Kami adik beradik bangun pukul 6 pagi dan rasa gembira dan bersemangat untuk ke sekolah hari ini walaupun saya rasa khuatir pada mulanya.
"Tapi bila hadir ke sekolah dan lihat ramai pelajar perasaan gementar hilang dan berharap dapat sokongan rakan-rakan bagi kami dapat menyesuaikan diri di sini," katanya.
Sebelum itu Hussain ketika berucap di hadapan pelajar sekolah menengah itu berharap semua pelajar dapat membantu keempat-empat beradik itu untuk menyesuaikan diri di sekolah.
Hussain berkata, ia penting agar kanak-kanak itu berasa gembira dan dapat belajar dengan baik di sekolah masing-masing.
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Kala Ab. Aziz Salleh berkata, pihak sekolah telah melantik seorang guru penyelaras dan dua guru sebagai guru pendamping kepada Adam dan Alif.
"Guru penyelaras itu akan memantau keadaan dua pelajar itu dari segi perkembangan bahasa dan komunikasi dengan rakan-rakan di sekolah ini manakala dua guru pendamping itu merupakan guru kaunselor yang boleh membantu mereka nanti," katanya.
Beliau berkata, pihak sekolah juga akan mengadakan kelas tambahan Bahasa Melayu bagi membolehkan Adam dan Alif dapat menguasai bahasa itu dengan cepat.
Bapa saudara kanak-kanak tersebut Badrul Hisham Mahzan, 55, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga anak-anak saudaranya itu dapat meneruskan persekolahan masing-masing.
"Saya ucapkan terima kasih dan berharap semua rakyat dapat berdoa agar anak-anak ini dapat kembali bersama-sama ibu bapa mereka," katanya.
Beliau berkata, semua gambar dan keratan akhbar mengenai empat beradik itu telah diserahkan kepada peguam bela untuk dihantar kepada ibu bapa mereka di Sweden.
"Ibu bapa mereka sangat gembira apabila melihat keratan akhbar dan gambar tersebut," katanya.
Azizul Raheem Awalludin adalah pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isterinya Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat. - BERNAMA

sumber: http://www.mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment