Dituduh 'Lelaki Lembut', Kritikan Paling Teruk Bagi Azhael

on Friday 21 February 2014


Kumpulan Azheal mengakui kritikan paling teruk yang pernah diterima mereka selepas keluar dari program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) adalah dituduh sebagai lelaki lembut atau gay.

Bagaimanapun, Azheal yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, berkata, mereka tidak melenting sebaliknya menunjukkan sikap profesional seperti yang pernah diajar ketika berada di AF2013.

"Kami hanya gelak sahaja bila ada yang menuduh kami sebagai lelaki lembut atau gay.

"Pada saya tidak ada gunanya untuk kita melenting atau marah kerana itu lebih membuat mereka berkata gosip itu adalah benar," kata Azhar kepada mStar Online.

Mereka juga lebih senang untuk berdiam diri dan enggan melayan tuduhan yang tidak berasas berkenaan.

Sementara itu, Azhar berkata, sejak beberapa bulan bergelar anak seni, dia mengakui berasa janggal apabila segala pergerakannya diperhatikan masyarakat.

Malah dia perlu sentiasa menjaga penampilan apabila keluar dari rumah.

"Kami sedar bukan semua perkara manis sahaja apabila jadi popular ini, semua pergerakan ada sahaja mata yang memerhati.

"Kalau dulu boleh keluar rumah pergi kedai pakai baju selekeh dan seluar pendek, tapi sekarang kena jaga penampilan sentiasa," katanya.

Sementara itu, kata mereka, setiap kritikan yang membina daripada semua pihak dapat membantu mereka untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih bagus.
sumber: http://mstar.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved