Laman Sosial Facebook yang diberi nama Kesultanan Johor gempar seketika apabila peminat-peminat pasukan bola sepak itu menghentam dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap status yang dimuat naik oleh Deen Hot fm.
Status yang dimuat naik itu menimbulkan kemarahan banyak pihak dan dianggap sebagai satu provokasi apabila Deen seolah-olah menyifatkan nama JDT seperti sudah sinonim dengan perkataan bergaduh.
Akibat daripada itu, Deen telah dikecam teruk oleh penyokong dan peminatnya sendiri, bahkan ada yang turut mengharamkannya dari menjejakkan kaki ke negeri itu.
Status Deen yang dimuat naik oleh Facebook Kesultanan Johor
Selain Deen, radio yang diwakilinya iaitu Hot.fm turut menerima tempias apabila dimarah oleh peminat dan penyokong pasukan JDT yang menyifatkan mereka tidak menjaga sensitiviti masyarakat.
Keadaan ini dilihat semakin panas apabila ada penyokong JDT yang meminta campur tangan Tengku Muda Johor supaya mengenakan tindakan sewajarnya terhadap Deen dan Hot.fm.
Penyokong JDT menyifatkan status Deen sebagai satu bentuk provokasi
Walaubagaimanapun, Deen dikatakan sudah memadamkan tweet tersebut kurang sejam selepas ia disiarkan dan memohon maaf secara terbuka melalui laman twitter rasmi miliknya.
Dalam status itu Deen meminta maaf kepada pihak pengurusan dan penyokong JDT atas status yang dimuat naik dan menjelaskan itu hanyalah pandangan peribadinya sahaja.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment