“Dazrin Berbakat Tapi Tidak Berdisiplin” – Fasha Sandha

on Tuesday 4 February 2014


Sebelum ini sudah tersiar di media masalah disiplin pelakon kacak yang sedang meningkat naik Dazrin Kamaruddin. Dazrin dikatakan sering hadir lewat di lokasi pengambaran hingga menjejaskan kelancaran dan menyusahkan produksi dan artis yang bekerjasama dengannya.

Hal ini diperakui sendiri oleh pelakon Fasha Sandha yang kini sedang bergandingan dengan Dazrin menerusi drama Miranda. Menurut Fasha, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Dazrin seorang yang berbakat besar dan mampu pergi jauh didalam industri.

“Dia seorang pelakon berbakat, makin menyerlah dan menghormati pelakon senior, tapi sayangnya dia tidak berdisplin. Kalau boleh saya memang tak nak besar-besarkan hal ini tapi memandangkan perkara ini sudah jadi kecoh di media, saya harus akui kesahihan cerita yang timbul.

“Saya terbaca di Harian Metro dan media lain mengenai kes ini dan saya akui dia bukan lewat lima atau 10 minit seperti dikatakan, tetapi satu hingga dua jam.
sumber: http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved