Gosip keretakan rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran mula kedengaran sejak dua tahun lalu apabila kedua-dua pihak tidak lagi tinggal sebumbung. Bagaimanapun dinafikan mereka.
Semalam pula, segala spekulasi yang timbul sebelum ini akhirnya terjawab selepas Erra dan Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah kira-kira pukul 12.50 tengahari yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain.
Ketika pengacara Primadona itu dihubungi oleh media, Erra menolak untuk memberikan sebarang ulasan berkenaan punca sebenar penceraian mereka kerana mahu menghormat bekas suaminya. Katanya, apa yang penting segala spekulasi telah terjawab.
"Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya. Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah."
Meskipun begitu, timbul fitnah liar yang mendakwa Engku Emran kononnya sudah berkahwin dengan wanita lain. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikannya oleh Engku Emran dan Erra.
“Terus-terang, tidak ada pergolakan dalam rumah tangga saya. Saya pun tidak pernah mendengar berita pasal wujudnya pihak ketiga antara kami." - Kosmo
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment