Apalah Yang Seksi Pada Saya? – Ika Nabila

on Monday 3 February 2014

Nama Ika Nabila pernah muncul dan menjadi bualan ramai kerana beberapa gambar yang agak seksi miliknya dikongsikan di Instagram. Malah kerana gambar-gambar tersebut, ada pihak yang meminta Nabila untuk meng”upload” gambar “bogel”nya. Memang dasyat kan? Namun Ika Nabila memaklumkan yang dia tidak tahu mengapa dirinya dilihat sebagai seorang wanita seksi.

Berkata kepada Metro Ahad semalam, Ika Nabila mengucapkan “terima kasih” atas gelaran seksi yang diberikan kepadanya. Kata Ika:-
Saya seksi? Tidak sangka orang akan cakap saya seksi. Kalau orang katakan saya seksi, saya anggap saja sebagai pujian. Terima kasih. Apalah yang seksi pada saya?
Memang sesekali saya pakai gaun atau seluar pendek. Mungkin berdasarkan kriteria itu mereka katakan saya seksi. Setiap kali cerita buruk timbul, saya akan berkongsi dengan ibu. Syukur dia sangat memahami.

Bagi penulis, kalau dah namanya perempuan, pasti sedikit sebanyak ada keseksian itu. Mungkin di mata kita nampak macam biasa, namun di mata orang yang memandang, seksi tak ingat. Yang penting masa berkongsi gambar di Instagram, fikirlah 2,3 kali. Kalau gambar pakai seluar pendek tue, tak payah kongsi pun tak apa rasanya. Lagi manis kalau disimpan sedikit untuk tatapan bakal suami kelak. Tak gitu?
Sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved