Amy Mastura
Penyanyi dan pelakon Amy Mastura sedia menerima kritikan apabila diumumkan sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) bersama Fara Fauzana.
Ia bakal berlangsung pada 6 April depan di Arena of Stars Genting Highlands, Pahang.
Amy atau nama penuhnya Amy Mastura Suhaimi, 42, berkata, kali terakhir dia mengacarakan acara besar adalah Anugerah Juara Lagu (AJL) 15 tahun lalu bersama Datuk Aznil Nawawi dan mengakui gementar untuk mengemudi program tersebut.
"ABPBH adalah sebuah anugerah yang popular dan ditonton ramai dan sudah tentu saya gementar kerana sudah lama tidak mengacarakan program besar seperti anugerah itu.
"Biarpun gementar tetapi saya sahut cabaran itu dan saya yakin dapat memberikan persembahan terbaik atas kepercayaan pihak penganjur kepada saya," katanya kepadamStar Online.
Amy ditemui pada majlis pengumuman pengacara, penyampai trofi dan persembahan ABPBH 2013 di Hotel Royale Chulan di sini, Selasa.
Bagaimanapun Fara tidak menghadirkan diri pada majlis pengumuman tersebut.
Dalam perkembangan sama, Amy mengakui terkejut apabila pihak ABPBH ingin menggunakan khidmatnya sebagai pengacara acara itu.
Ini kerana katanya, populariti dia sebagai artis tidak segah nama-nama besar lain dan pelawaan itu adalah satu penghormatan buatnya sebagai anak seni.
"Terkejut apabila dipelawa untuk mengacarakan program ini tetapi saya sangat berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan majlis ini.
"Peluang ini akan digunakan untuk bertemu rakan-rakan yang sudah lama tidak bertanya khabar," katanya.
Dalam pada itu, ABPBH 2013 turut mengumumkan Awal Ashaari dan Didie Alias sebagai pengacara 'Karpet Merah' manakala pereka fesyen, Jovian Mandagie dan Nora Danish bertanggungjawab sebagai 'Pengkritik Fesyen' pada malam itu.
Selain itu, nama-nama besar seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Fizz Fairuz, Hisyam Hamid, Irma Hasmie, Jasmin Hamid, Keith Foo, Mizz Nina, Lana Nordin dan Norish Karman dijemput sebagai penyampai trofi.
Manakala persembahan pada malam itu akan diserikan oleh Adira, Alyah, Black, Forteen, En. Mimpi, Liza Hanim, Nomad, Nora dan Siti Sarah.
Persembahan mereka akan diiringi oleh pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
Sementara itu, pada acara sama, turut diserikan dengan pertunjukan fesyen berkonsepkan 'Magis Alam' dan diiringi oleh persembahan dari Hyperact.
ABPBH 2013 bakal disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam.

sumber: http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment