Amah Bunuh Dua Beradik Dipercayai Pati

on Wednesday 26 February 2014

IBU kepada mangsa kanak-kanak yang dikelar oleh pembantu rumah (dua, kanan) ditenangkan oleh ahli keluarganya ketika ditemui di kediamannya di Kuala Lumpur,

SUNGAI BULOH: Pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa membunuh dua beradik tiri sebelum membunuh diri di Taman Sri Putra, Kuang di sini pada malam Selasa dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati).

Pegawai Kedutaan Besar Indonesia, Dino Nurwahyudin berkata, setakat ini tiada dokumen perjalanan wanita itu ditemui oleh pihaknya dan identitinya juga masih misteri.

"Kita tidak tahu siapa dia (pembantu rumah itu) dan bagaimana dia memasuki Malaysia kerana tidak ada dokumen dirinya atau majikan.

"Kami sedang bekerjasama dengan polis Malaysia dan Indonesia untuk mengenalpasti identitinya," katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh pagi Rabu.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved