Aliff Aziz Nafi Gadis Itu Adalah Kekasihnya

on Wednesday 26 February 2014

Aliff Aziz menafikan gambar mesra dia dan gadis yang tersebar di laman sesawang baru-baru ini adalah kekasihnya, sebaliknya kata Aliff lagi, wanita berambut perang itu merupakan anak kepada rakan kenalannya.

Menurut Aliff Aziz lagi, foto itu diambil oleh ibu kepada wanita berkenaan ketika bersama rakan-rakannya yang lain di sambutan hari jadinya pada 19 Februari lalu.

“Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama.

“Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga.

“Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya,”

Aliff diminta mengulas mengenai foto mesranya dengan seorang wanita tersebar di laman sesawang yang dilihat seperti hampir bercumbu.

Kata Aliff lagi, dia kini masih lagi belum menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita dan Shazleen adalah antara wanita yang sedang rapat dengannya.

“Saya masih single dan sedang fokus pada kerjaya lakonan dan nyanyian kerana pada pertengan tahun ini saya akan muncul dengan album solo penuh.

“Saya akui memang rapat dengan Shazleen, tetapi hubungan kami sekadar kawan dan belum ke tahap yang lebih serius,” jelasnya lagi.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved