Ajai Nafi Tukar Hidung Kerana Nak Cantik

on Wednesday 5 February 2014

“Saya buat pembedahan hidung bukan sebab obses dengan kecantikan tapi atas dasar kesihatan,” Begitulah kata komposer dan penyanyi, Ajai mengenai dakwaan dia melakukan pembedahan hidung untuk kelihatan lebih mancung dan menarik.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Aduh itu dikatakan melakukan pembedahan meletakkan batang hidung baru di sebuah hospital swasta baru-baru ini bagi menyerlahkan lagi bahagian hidungnya.

Ketika ditemui di Balai Berita baru-baru ini, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, berkata, desas-desus itu tidak benar kerana pada hakikatnya pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana masalah sinus kronik yang dialaminya beberapa bulan lalu.

“Bukan saya buat hidung baru tapi pembedahan itu dilakukan sebab saya memang sakit. Sinus saya bertambah teruk dan menjangkiti bahagian telinga kiri dan batang hidung saya.

“Bayangkan, akibatnya bahagian batang hidung saya terpaksa dibuang dan digantikan dengan batang palsu. Atas nasihat doktor, kalau saya tak buat, ia akan menjejaskan pendengaran saya.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved