Berita itu mula menjadi bualan peminat apabila Adira dilihat telah memadamkan gambar-gambar kekasihnya itu di laman Instagram.
Lebih parah lagi apabila pelakon kontroversi, Lana Nodin dikatakan menjadi punca kepada keretakan hubungan pasangan tersebut.

Menerusi portal Kosmo! Online hari ini, Adira akui memang membuang gambar-gambar berkenaan kerana mempunyai sebab tertentu.
Saya buang gambar dia sebab komen-komen negatif daripada golongan pembenci (haters). Saya mahu mengelak daripada ia menjadi lebih buruk. Disebabkan itu, saya terpaksa memadam gambar tersebut. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa gambar Shahrul yang tidak dipadamkan.
Namun begitu, Adira menjelaskan hubungan mereka masih baik dan menganggap orang luar tersalah faham dengan tindakannya.
Dalam masa yang sama, Adira tidak menafikan mempunyai perancangan ke arah perkahwinan bersama Shahrul sekiranya mempunyai rezeki.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment