10 Jersey Bola Sepak Termahal di Dunia

on Sunday, 16 February 2014

Jersey dari pasukan bola sepak di dunia memiliki harga yang berbeza-beza. Ada yang murah, ada yang mahal. Harga jersey yang mahal disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya tahap populariti pasukan bola tersebut, bahan yang digunakan dan tentunya keuntungan yang diinginkan oleh pemilik kelab tersebut.

Akhbar Daily Mail pernah melakukan kajian tentang harga jersey kelab untuk yang berpangkalan di Eropah. Ternyata hasilnya jersey pasukan Liga Premier dijual dengan harga yang tergolong murah. Jersey pasukan sekelas Chelsea, Arsenal, Manchester City dan Manchester United termasuk kategori antara 10 kelab dengan jersey termurah.

Harga jersey pasukan-pasukan Inggeris juga tergolong lebih murah bila dibandingkan dengan wakil dari La Liga Sepanyol. Sebagai contoh Real Madrid, peminat di Eropah perlu mengeluarkan sehingga RM 362 untuk mendapatkan sehelai jersey Los Blancos tersebut.

Menariknya, liga-liga yang tidak terlalu terkenal seperti Rusia, Switzerland dan Romania menjual jersey dengan sangat mahal. Bayangkan saja, untuk memiliki seragam Zenit St Petersburg, peminat harus membelanjakan wang sehingga RM 465 untuk sehelai jersey.

Berikut 10 Jersey Termahal Di Dunia :

Zenit St Petersburg (RM 465)
FC Basel (RM 439)
Steaua Bucuresti (RM 424)
Shakhtar Donetsk (RM 412)
Juventus (RM 384)
Paris Saint Germain (RM 383)
FC Porto (RM 383)
Barcelona (RM 383)
Atletico Madrid (RM 366)
Real Madrid (RM 365)
sumber: http://billyinfo.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved