Tukar Pengurusan, David Teo Panggil Wawa Zainal

on Saturday, 18 January 2014

 David Teo dilaporkan akan memanggil Wawa Zainal, bagi menyelesaikan isu berhubung hal pengurusan artis wanita itu.

Kata David, Wawa Zainal masih berada dalam kontrak di bawah pengurusan Metrowealth International Group (MIG) yang akan berakhir pada 2015.

"Kami akan panggil Wawa dalam masa terdekat ini bagi menyelesaikan beberapa perkara terutamanya berkaitan isu pengurusannya.

"Sebelum ini kami beri dia berehat sehingga anaknya besar, namun jika dia sudah mula bekerja, dia masih di bawah tanggungjawab kami sehingga tamat kontrak," ujarnya ketika dihubungi media.

David Teo berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan pelakon Aeril Zafril dilaman Instagramnya semasa bercuti di london dimana beliau akan mengendalikan aktiviti seni isterinya itu.

Dalam pada itu, David berharap pelakon tersebut tidak terus melarikan diri dan menyelesaikan masalah ini dengan segera.

"Kita panggil dia secara lisan sudah lama tetapi dia tidak pernah datang, tapi kali ini kita akan keluarkan surat 'hitam-putih' kerana jika dia berada di bawah pengurusan lain ia merupakan satu kesalahan," katanya.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved