Tu dia... tiket konsert Anuar Zain cecah RM1,380

on Wednesday 29 January 2014

Harga untuk tahun 2014. Kalau setahun lalu harga tiket konsert penyanyi Anuar Zain pernah sudah setinggi RM698. Tahun 2014 ia mencecah RM1,380 untuk konsert sempena minggu setiausaha April depan.

Kata Anuar Zain, ia berpatutan kerana peminatnya bukan sahaja dapat menyaksikan persembahannya malah mereka juga akan disajikan dengan makanan, hadiah di samping janjinya untuk memberi sebuah persembahan berkualiti.

"Harga itu berpatutan kerana ia merangkumi makanan, door gift, kualiti persembahan dan memberi peluang kepada para peminat untuk mendekati diri saya.

"Kita juga menjanjikan susunan muzik yang lebih segar dan mantap bersesuaian dengan tema majlis iaitu 'Terindah'. Ia hadiah ikhlas dari saya kepada peminat yang hadir nanti," katanya dipetik mStar Online.

Ia diumumkan pada sidang media pengumuman penganjuran persembahan istimewanya bertemakan 'Terindah... Anuar Zain' sempena Minggu Setiausaha di Bijan Bar & Restaurant di Kuala Lumpur semalam.

Persembahan itu akan diadakan pada 8 April 2014 bermula pukul 12 tengah hari di Hotel One World, Petaling Jaya.

Selain RM1,380, harga lain yang ditawarkan bagi menyaksikan acara itu ialah RM480, RM680 dan RM980.

Pada persembahan tahun lalu, konsert ‘Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’ di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 Februari 2013, Anuar menjual tiket konsertnya daripada RM88 sehingga RM698.
sumber; http://kininews.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved