Shalwati Gembira Dapat Sokongan Rakyat Malaysia

on Wednesday 29 January 2014

"Anak guam saya amat gembira kerana mendapat sokongan dari tanah airnya. Beliau OK dan saya telah berjumpa dengannya beberapa kali," kata peguam bela bagi Shalwati Norshal, yang ditahan di sini.

Peguam Sweden itu, Kristofer Stahre, berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan Malaysia hari ini mengenai keadaan terkini Shalwati dan suaminya, yang turut ditahan pihak berkuasa Sweden kerana dituduh mendera kanak-kanak.

Terdahulu, Stahre mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Biro Pengaduan Masyarakat Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous dan timbalannya, yang juga pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Shalwati, seorang guru yang mengambil cuti tanpa gaji, dan suaminya pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem Awalludin, ditahan sejak 18 Disember tahun lepas kerana dituduh memukul tangan seorang daripada empat anak mereka yang tidak menunaikan solat. - BERNAMA
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved