SALAMIAH HASSAN MASIH KE GIM PADA USIA 63 TAHUN!

on Wednesday, 22 January 2014


Cukup mementingkan pengambilan makanan berkhasiat serta aktiviti bersenam, tidak menghairankan bila Salamiah Hassan masih mampu mengekalkan susuk tubuh langsing. Lebih mengagumkan bila seniwati ini tidak segan berkongsi yang dia sudah berusia 63 tahun!

“Alhamdulillah, di usia begini saya belum mengenal erti sakit kaki, sakit belakang namun jika Allah nak beri sakit tu, bila-bila saja. Badan saya tidak boleh menerima Panadol atau sebarang ubat, jadi saya cuba sebaik mungkin menjaga kesihatan saya.

"Selain mengamalkan tidur yang cukup (8 jam sehari), saya gemar berjalan serta turut bersenam di gim. Dari segi pemakanan, saya tidak gemar makan fast food. Sejak dulu lagi tekak saya memang tidak dapat menelannya,” ujar ibu kepada penyanyi Atilia ini.

Tidak mengamalkan sebarang petua, namun Salamiah memberitahu yang dia tidak akan menyentuh durian beberapa hari sebelum membuat persembahan bagi mengekalkan kesihatan serta vokalnya.

“Sebulan sekali saya mengamalkan detox yang dibuat sendiri yang antara ramuannya adalah bayam, bawang putih dan sedikit minyak zaitun. Ini dapat membersihkan usus dan melancarkan sistem pencernaan,” katanya.
sumber: http://www.gua.com.my/seroja
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved