'Nyanyi depan wanita sahaja' - Mizz Nina

on Sunday, 26 January 2014

Penyanyi Mizz Nina membuat keputusan untuk tidak mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki sekembalinya dari mengerjakan haji November lalu.

Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh itu berkata, demikian selepas melancarkan bengkel sempena Hari Hijab Sedunia, di sini, semalam

Katanya, keputusan itu dibuat atas kesedaran sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah.

“Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya.

“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” katanya.
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved