Majlis Resepsi Linda Onn & Ungku Azhar

on Tuesday 28 January 2014


Tepat sebulan usia pernikahannya, Linda Onn dan suami telah memilih malam semalam untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan mereka.

Jika pernikahannya sebelum ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dan sederhana, namun nampaknya untuk resepsi yang diadakan di Restoran Hadramawt kali ini disambut penuh meriah sambil dihadiri rakan-rakan terdekat.
Lebih menarik lagi, kesemua tetamu yang terdiri daripada selebriti popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Umie Aida, Rabecca Nur Al-Islam dan Noniswara turut sama menari bersama pengantin mengikut lagu-lagu yang dimainkan.

Malah Linda Onn dan pasangannya, Ungku Azhar juga kelihatan sangat bahagia sewaktu sama-sama berdansa berlatarkan muzik romantik.
Walaupun busana yang dipakai oleh Linda agak ringkas namun tidak dapat dinafikan bahawa seri pengantin masih terserlah dan tampak jelas penyampai radio ini sedang berbahagia dengan kehidupan barunya.

Untuk pengetahuan anda, pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan pada 27 Disember 2013 di kampung halaman Linda di Johor Bahru.
LO-5
Screen Shot 2014-01-28 at 10.42.08
sumber; http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved