Kerajaan Kelantan Puji Pendirian Mizz Nina

on Tuesday 28 January 2014

Kerajaan Kelantan memuji tindakan penyanyi popular wanita, Shazrina Azman atau Mizz Nina yang mengehadkan persembahan di khalayak wanita sahaja dan pendirian tersebut dilihat menepati syariat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, syariat tersebut sudah lama dinantikan.

“Saya menarik nafas lega atas pendirian Mizz Nina yang secara tegas mengehadkan persembahan di khalayak wanita sahaja.

“Wanita perlukan hiburan dan suara merdu adalah anugerah ALLAH SWT, maka selayaknya kelebihan serta kebolehan itu disesuaikan dengan syariat, yang mana menyanyi di khalayak wanita dengan lirik bersesuaian insya-ALLAH akan dikira ibadat serta membawa keberkatan kepadanya,” katanya, semalam.

Kelmarin, Mizz Nina dikatakan telah membuat keputusan untuk mengadakan persembahan nyanyian di hadapan penonton wanita sahaja sekembalinya selepas mengerjakan umrah November lalu.

Mumtaz berkata, dengan kehadiran pelbagai genre lagu dan fesyen yang mengagumi barat, Mizz Nina membuat pusingan 'U-Turn' untuk kembali kepada syariat dan pendirian tersebut, perlu diberi penghargaan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Mizz Nina dan mendoakan agar istiqamah beliau dengan prinsip yang sebenarnya selari dengan tuntutan agama serta mendoakan agar ALLAH membalas usaha jihadnya,” katanya.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved