Jika anda menonton Anugerah Juara Lagu (AJL 28), pasti ada yang perasan buat beberapa saat Hafiz Suip menitiskan air mata sewaktu menyampaikan lagu Bahagiamu Deritaku.
Ramai tertanya-tanya punca sebenar di sebalik kesedihannya dan Hafiz yang ditemui selepas selesai majlis itu mengakui teringatkan kisah cinta lama yang tidak menjadi.
Saya menangis kerana saya menghayati lagu tersebut. Memang diakui saya ambil pengalaman lalu untuk menjiwai lagu ini sebab tajuknya pun Bahagiamu Deritaku. Bagi saya, sebagai seorang penghibur, kita patut sesuaikan sesebuah lagu dengan pengalaman kita.
Dalam masa yang sama, Hafiz turut menceritakan dia banyak mendiamkan diri dan mengelak dari berinteraksi dengan orang lain sebelum persembahan sebagai persediaan untuk membangkitkan emosi sedih di dalam jiwanya.
Dilabel Pengganti Dato’ Siti Nurhaliza
Oleh kerana kejayaannya yang semakin mekar dan seakan sukar untuk ditewaskan di majlis-majlis anugerah, Hafiz kini dilabelkan oleh sesetengah pihak sebagai Dato’ Siti Nurhaliza versi lelaki.
Masakan tidak, penyanyi kelahiran Sarawak ini berjaya mencipta aura tersendiri sejak dinobat sebagai juara Akademi Fantasia musim ketujuh beberapa tahun lalu.
Namun Hafiz sedikitpun tidak menganggap ianya sebagai batu loncatan untuk terus mengukir nama di dalam industri kerana beranggapan dirinya masih kerdil jika dibandingkan dengan penyanyi tersohor negara itu.
Apa yang boleh saya katakan, jauh lagi level saya untuk sampai ke tahap Dato’ Siti Nurhaliza. Tetapi saya ingin sekali mengikut jejak langkah dia.
Sebenarnya orang yang menyumbangkan kepada kemenangan saya adalah official fans saya. Kalau usaha saya seorang sahaja, rasanya saya tak mampu sampai ke tahap ini.
Bagi makluman yang terlepas menonton AJL28 malam tadi, Hafiz telah berjaya merangkul tiga trofi untuk kategori Juara Lagu 28, Persembahan Terbaik, dan Juara Mobile menerusi lagu Bahagiamu Deritaku.

sumber; http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment