Hafiz Hamidun Akui Terdesak Ingin Berkeluarga

on Sunday, 26 January 2014


Hafiz Hamidun selama ini memang senang bersikap terbuka tentang soal cinta. Sebelum ini Hafiz mendedahkan dia sedang mengenali seorang gadis dan mahu menikahinya namun hasrat itu tidak kesampaian kerana gadis yang berasal dari Indonesia itu sudahpun mempunyai pilihan hati yang lain.

Menurut Hafiz, sikapnya yang terlalu terbuka berkongsi tentang kisah cintanya kepada umum adalah kerana dia kini terdesak untuk membina keluarga sendiri ditambah keran usianya kini sudahpun mencecah 30 tahun.


“Tahun ni, saya dah masuk 30 tahun. Bila tengok kawan-kawan yang sudah berkeluarga, saya rasa nak sangat melalui kehidupan seperti mereka. Saya akui saya terdesak. Terdesak nak ada keluarga sendiri.

“Selama ni saya memang tak ramai kawan. Tapi sejak akhir-akhir ini saya dah semakin aktif di laman sosial twitter dan Facebook. Bahkan sekarang ni saya dah mula mengenali secara rapat beberapa gadis. Saya mencari seorang calon isteri yang boleh menerima, mencintai saya dan berkongsi kebahagian dengan saya”, katanya kepada Malaysian Digest.

Malah penyanyi lagu-lagu dari Zikir Terapi ini sudahpun meletakkan impian untuk memilih 14 February bagi melangsungkan penikahannya. Menurut Hafiz bukan kerana tarikh itu adalah hari Valentine tetapi kerana ia adalah hari Jumaat. Namun nampaknya, hasratnya masih belum dapat dicapai kerana masih belum mempunyai calon isteri.

“Saya siap terfikir yang saya nak nikah pada 14 Februari. Bukan sebab tarikh tu adalah hari Valentine tapi ia disebabkan hari Jumaat. Tapi nak buat macam mana kan, belum bertemu calon yang sesuai”, ujarnya dengan nada berseloroh.
sumber:http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved