Gambar Guru Denda Murid Jadi "Lembu" Tersebar

on Sunday, 26 January 2014

Gambar seorang guru lelaki menghukum muridnya denda tidak masuk akal dengan mengantung loceng dileher dan memakan rumput seperti "lembu" kini telah tersebar di media sosial.

Cikgu Bahasa Inggeris bernama Chen Yan Yan, 26, mengaku melakukan perbuatan itu di hadapan ibu murid, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin ketika laporan polis dibuat di Balai Polis Sungkai.

“Ketika buat laporan polis, guru bahasa Inggeris terbabit bersama guru besar turut hadir dan mereka mengaku mengenakan hukuman denda tidak masuk akal berkenaan dan kemudiannya meminta maaf.

“Lebih memeranjatkan kami, guru sekolah juga mengaku hukuman menggantung loceng di leher sudah beberapa kali dikenakan terhadap beberapa murid sekolah berkenaan sebagai denda jika tidak membuat kerja sekolah,” kata Yarnis dalam kepada sidang media.

Dalam akhbar sebelum ini turut melaporkan anak Yarnis Kasuma kini mengalami trauma setelah diejek rakan-rakannya dengan panggilan “Lembu”.

Setelah laporan polis dibuat, pihak polis kini sedang giat menyiasat kes tersebut. Dalam pada itu, guru terbabit menafikan beliau memberi anak muridnya memakan rumput seperti yang dihebahkan dimedia.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved