Bapa Mary J. Blige Kritikal Ditikam Bekas Kekasih

on Tuesday 28 January 2014

Mary J. Blige

KHABAR mengejutkan daripada penyanyi R&B, Mary J. Blige apabila bapanya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas menjadi mangsa dalam satu kejadian jenayah secara rambang.

Daily Mail melaporkan, Thomas Blige ditikam sebanyak tiga kali di beberapa bahagian badannya pada awal Khamis lalu di kediamannya di Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat.

Polis yang datang ke tempat kejadian menemui Thomas dalam keadaan berlumuran darah dengan sebilah pisau yang dipercayai senjata digunakan penjenayah untuk mencederakan mangsa.

Keadaan Thomas kritikal ekoran ditikam pada bahagian lehernya ketika kejadian itu.

Hasil siasatan mendapati, bekas kekasih Thomas adalah individu yang bertanggungjawab terhadap peristiwa tersebut selepas mereka bertengkar.

Thomas kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bronson Methodist dan keadaannya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved