Anak bilionair Hong Kong tulis surat terbuka mohon bapa terima dirinya lesbian

on Wednesday 29 January 2014

Gigi, anak kepada seorang bilionair Hong Kong bertindak menulis sepucuk surat terbuka kepada bapanya, Cecil Chao supaya menerima dirinya sebagai seorang lesbian. Ia berikutan bapanya itu menawarkan AS$130 juta (RM432.4 juta) untuk mencari calon suami.
Melalui surat tersebut, Gigi meminta bapanya memberi layanan sewajarnya kepada pasangannya, Sean Eav.
Pada 2012, Gigi dilaporkan berkahwin dengan pasangannya itu di sebuah gereja di Paris.
"Saya tahu ia amat sukar bagi anda untuk memahami bagaimana saya tertarik kepada seorang wanita; Saya rasa saya sendiri tidak dapat menjelaskannya. Ia berlaku begitu sahaja, indah dan suci," kata Gigi seperti yang tersiar di dalam akhbar South China Morning Post hari ini.
Rayuan itu hadir selepas Chao, 77, enggan mengiktiraf anaknya itu sebagai lesbian yang dilapor menaikkan jumlah tawaran sebanyak dua kali ganda kepada calon bakal suami anaknya, lapor AFP
sumber; http://kininews.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved