Penyanyi Korea Kim Ji Hoon Bunuh Diri

on Monday 16 December 2013

Penyanyi duo Duke, Kim Ji Hoon telah ditemui mati di bilik hotelnya pada 12 Disember lalu dalam keadaan dirinya tergantung di bilik mandi.


Mayatnya ditemui oleh rakannya selepas dia tidak muncul-muncul pada pertemuan makan tengahari dengan rakannya itu.

Menurut sumber terdekat, Ji Hoon terus dikejarkan ke hospital tetapi telah disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang bertugas.

Hasil siasatan pihak polis, mereka menyifatkan kes itu sebagai bunuh diri tetapi penyiasatan lanjut akan dilakukan berhubung perkara tersebut.

Penyanyi itu dilaporkan sudah bercerai dengan isterinya Disember tahun lalu selepas dua tahun setengah hidup bersama.

Selepas penceraiannya itu, Ji Hoon berdepan dengan tekanan perasaan yang sangat kronik sehingga dirinya terlibat dengan pengambilan bahan terlarang seperti marijuana dan ecstasy.

Sumber : Mynewshub
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

wrong kim ji hoon in the pic..


28 March 2014 at 15:08

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved