\
Adat istiadat perkahwinan masyarakat Jawa menjadi pilihan pasangan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri atau Jovianina ketika menyempurnakan persiapan terakhir sebelum disatukan pada 11 Disember ini di Istana Negara Lama, Jalan Istana, Kuala Lumpur.
Melalui akaun Instagram milik kedua pasangan bahagia ini, persiapan Jovianina meniti detik bahagia mereka indah di raikan dalam keunikan adat dan budaya masyarakat Jawa dan sedikit diselit budaya Arab dan adat Melayu lama.
Kedua mereka telah pun selesai melangsungkan malam berinai iaitu pada 9 Disember lalu secara berasingan. Nina atau Nina Sabrina Ismail Sabri kelihatan gembira dan teruja melalui setiap upacara yang perlu disempurnakan sebelum bergelar isteri kepada pereka fesyen ternama itu.
Pada malam berinai, Nina telah tampil dengan rekaan tradisi masyarakat Bali yang direka khas oleh Shims Mandagie, adik kepada Jovian. Jom kita tengok bingkisan yang dapat Murai rangkumkan untuk tontonan pembaca sekalian detik manis buat kedua pasangan selebriti popular ini.
Sumber : murai.com.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment