Seperti pasangan baru berkahwin yang lain, Fizo Omar dan isteri pastinya tidak sabar untuk menimang cahaya mata mereka sendiri.
Walaupun perkahwinan mereka baru mencecah usia sebulan, namun Fizo nampaknya tidak berlengah membeli sehelai baju istimewa untuk bakal anak mereka nanti.
Barangkali minat yang mendalam terhadap motor berkuasa tinggi telah mendorong Fizo untuk terus mendapatkan baju bayi berjenama Ducati sewaktu dia dan isterinya berbulan madu di benua Eropah.
Baju bayi comel yang dibeli Fizo
Menerusi foto yang dikongsikan di dalam laman sosial miliknya, Fizo berharap anak sulungnya nanti adalah lelaki supaya dapat berkongsi minat yang sama dengannya kelak.
Selain daripada itu, pasangan pengantin baru ini kelihatan cukup seronok melawat beberapa tempat menarik sekitar Dubai, London, Paris dan Florence.
Di sini disertakan foto-foto bulan madu Fizo Omar dan Mawar untuk tatapan anda. Semoga anda terhibur melihat kemesraan dan kebahagiaan mereka berdua!
Sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment