DULU
SEKARANG
Siapa yang tidak mengenali pereka fesyen duo, Rizman dan Ruzaini di bawah jenama fesyen mereka Rizman Ruzaini.
Namun baru-baru ini ketika ditemui pada majlis Anugerah Blokbuster kelihatan satu pembaharuan ketara pada Rizman yang nampaknya telah susut berat badannya daripada 104 kilogram kepada 84 kilogram
perubahan pada susuk tubuh badannya itu, Rizman yang sangat dikenali dengan keramahannya hanya mampu tersenyum dan enggan bercerita lebih lanjut berkenaan hal itu.
Namun setelah diselidik, rupa-rupanya Rizman telah mengamalkan diet secara sihat yang telah diamalkannya sejak beberapa bulan lalu.
Malah individu yang banyak memberi kekuatan untuk pereka fesyen berkenaan terus kelihatan lebih langsing, pastinya rakan seangkatannya Wan Ruzaini atau Ruzaini yang terlebih dahulu mengamalkan diet sihat.
"Daripada apa yang Rizman beri tahu kepada saya, dia mahu kelihatan langsing. Mungkin ini adalah fasa baru dalam hidupnya untuk tampil lebih baik.
Jelas Ruzaini, meskipun Rizman mempunyai pelatih peribadinya sendiri ketika di gimnasium, tetapi dia akan tetap mendapatkan beberapa khidmat nasihat dari segi senaman atau petua kesihatan daripadanya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment