Meskipun pelakon dan pengarah, Erma Fatima sudah melunaskan hutang saman Rabecca Nur Al Islam dengan menghantar dua kotak besar bungkusan syiling 5 sen ke pejabat peguamnya, namun cara pembayaran itu tidak diterima oleh Rabecca dan peguamnya kerana didakwa beliau menyalahi undang-undang.
"Rebecca tidak menerima wang tersebut kerana berdasarkan nasihat peguamnya, wang syiling tidak seharusnya melebihi RM30 dan ini sudah dikira melanggar undang-undang."
"Tindakan sedemikian juga melihatkan bahawa Erma tidak berpuas hati denganRebecca walaupun mahkamah telah membuat keputusan berhubung perkara ini."
Mengakui memang tahu pembayaran saman menggunaka duit syiling tidak boleh melebihi RM20, Erma Fatima menukar pula strategi pembayaran dengan menggunakan duit kertas RM1. Dia kini sudah meminta bank menyediakan RM1 sebanyak 11,200 keping yang dianggarkan memakan masa tiga hingga empat hari.
Macam-macam pula perangai Erma. Beliau yang diminta mengulas mengenai tindakan kebudak-budakan itu memberitahu tidak kisah bersusah payah menukar wang di bank. Ia dilakukan demi membayar kesusahan yang diberikan Rebecca dalam hidupnya apabila membawa kes itu ke mahkamah.
Dia juga berharap dengan pembayaran itu akan membolehkan kes mereka berdua akan selesai dengan cara baik
Sumber : belogterkini.blogspot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment