Bukan Kejadian Lemas Biasa!!!Tiga beradik maut dibunuh di Jalan Langgar ,Kedah.
Lebih memilukan salah seorang mangsa hanya berusia 3 tahun selain dari 2 kakaknya yang lain berusia belasan tahun. Semalam polis IPK Kedah menjumpai mayat si kakak dalam keadaan separuh bogel di kawasan semak tepi bendang.
Lewat petang tadi, mayat dua lagi adik kepada mangsa yang ditemui mati dibunuh yang dilaporkan hilang sejak 29 November lalu ditemui terapung di dua kawasan berasingan.
Mayat pertama Nur Syafikah Rusdi,14 ditemui di Alor Senibung, Pendang lewat petang semalam manakala dua adiknya Nur Izzati Husna Rusdi,12 dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, ditemui di Alor Semela Kg Padang Petani, Alor Setar Kedah jam 4 petang tadi.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, pihaknya akan menyiasat kes tersebut dimana mengikut keputusan awal bedah siasat mayat pertama didapati lemas kerana muka mangsa tersembam pada lumpur.
Katanya lagi, hasil laporan bedah siasat mangsa pertama (kakak sulung) yang ditemui semalam didapati mangsa mati kerana lemas dan tiada sebarang kesan rogol keatas mangsa.
Malah motosikal yang dinaiki ketiga tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.
Tambah Ahmad sehelai seluar turut dijumpai berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenalpasti samaada seluar itu kepunyaan mangsa pertama ekoran mangsa pertama yang ditemui separuh bogel lewat petang kelmarin.
Tambah Ahmad, kejadian lemas ini bukan kejadian biasa kerana ketiga-tiga mayat mangsa ditemui dikawasan berasingan.
Bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin keatas dua lagi mayat mangsa yang baru ditemui lewat petang tadi.
Kes disiasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment