Shahiezy Sam Tidak Tahu Restoran Miliknya Ditutup

on Wednesday 6 November 2013

Sam memberitahu tidak mengetahui restoran miliknya telah ditutup.


PETALING JAYA: Pelakon Shahiezy Sam menjelaskan tidak mengetahui situasi sebenar restoran miliknya iaitu Best Time Family Cafe & Grill yang dilaporkan telah ditutup sejak beroperasi enam bulan lalu.

Aktor yang mesra disapa Sam, 31, itu berkata, dia telah menyerahkan urusan menguruskan restoran berkenaan kepada dua rakan kongsinya iaitu ibu saudara dan kakaknya, pelakon Zizie Ezzette.

"Sebenarnya terus terang saya tidak mengetahui situasi sebenar restoran tersebut kerana saya tidak menguruskan restoran tersebut tetapi diuruskan oleh ibu saudara dan kakak saya.

"Saya tidak dapat menjelaskan sama ada ia telah pun ditutup atau pun masih beroperasi buat masa ini," katanya kepada mStar Online.

Restoran Best Time Family Cafe & Grill terletak di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, Kuala Lumpur telah beroperasi sejak enam bulan lalu. 

Tambah Sam, dia masih tidak berkesempatan untuk mengetahui situasi sebenar mengenai perniagaan yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu kerana terlalu sibuk dengan kerjaya lakonannya.

"Bukannya saya lepas tangan tetapi memang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni sehingga tidak sempat untuk bertanya mengenai keadaan restoran berkenaan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi apabila dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM di Anugerah Skrin 2013.

"Jika ada rezeki saya terima dan jika bukan pun saya tetap bersyukur kerana sudah tercalon dalam kalangan lima terbaik," katanya.

Sementara itu, Sam memberitahu dia bakal menjalani penggambaran filem Adnan Sempit Sawadikap selain bakal muncul dengan filem Mamak Cupcakes pada awal tahun hadapan.



Sumber : mstar.com.my

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved