Rak besi Pasar Borong Selangor runtuh

on Sunday 10 November 2013

Abd Razak menunjukkan rak menempatkan barangan kering yang runtuh di Pasar Borong Selangor, petang semalam. Ihsan Sinar Harian Online

“Kejadian berlaku terlalu pantas, semua yang berada bawah rak makanan kering tidak sempat selamatkan diri apabila ia runtuh tiba-tiba,”

kata pekerja Pasar Borong Selangor yang menyaksikan kejadian runtuhan rak menyebabkan empat cedera, petang semalam.

Pekerja berusia 20-an itu berkata, sebelum kejadian dia ada menyuruh rakan sekerja menjauhi rak besi yang patah itu namun mereka mahu melihat apa yang berlaku.

Pekerja yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan. Foto Sinar Harian Online

Katanya, dia berasa sesuatu tidak kena apabila mendapati lampu dipasang terjatuh dan struktur besi sudah membengkok.

Bimbang insiden buruk berlaku, dia berundur ke belakang namun tiga lagi pekerja lain mendekati kawasan itu.

Secara tiba-tiba, rak yang menempatkan bihun dan mi segera runtuh menghempap empat orang di situ termasuk seorang pelanggan.


“Saya dan beberapa rakan lain segera mengeluarkan mereka yang terperangkap dalam runtuhan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang.

Pekerja berada di luar bangunan Pasar Borong Selayang selepas kejadian runtuhan. Foto Sinar Harian Online

Tiga mangsa termasuk seorang pekerja wanita dikejarkan ke hospital selepas cedera di bahu, kepala dan kaki akibat terkena runtuhan.

Seorang pelanggan warga Bangladesh berusia 28 tahun dihantar ke klinik swasta.

“Rak dipercayai tidak dapat menampung muatan makanan kering, kita masih siasat sama ada binaan struktur rak itu mempunyai kelulusan atau tidak,” katanya.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved