Rabecca Menang Kes Saman Erma Fatima

on Friday 8 November 2013

Ekoran kes saman yang difail oleh Rebecca Nur Al-Islam terhadap syarikat produksi milik Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd, mahkamah telah memutuskan kes tersebut berpihak kepada pelakon ini.



Rebecca yang mengeluarkan kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Media Hiburan Online melahirkan rasa bersyukurnya di atas kemenangan ini.

"Alhamdulillah syukur. Allah S.W.T sentiasa akan bersama dengan hambanya yang di pihak benar. Amin syukur, Ya Allah.

"Terima kasih kepada lawyer saya dari Azam, Idzham, Azman & Partner, thank u family, friends, saksi-saksi saya, Encik Azahari, Farra Nur Hidayah dan cik Fariz... Syukur... Thank you semua yang menyokong saya di pihak yang benar," ujar Becca.

Rabecca telah memfailkan saman terhadap syarikat produksi Erma selepas mendakwa syarikat tersebut gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama 'Dejavu Di Kinabalu' arahan Erma tahun lalu.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved