Nana Mahazan Abadikan Gambar Sebelum Bersalin

on Friday 8 November 2013







Seperti yang kita sedia maklum, bekas penyampai radio Era, Nana Mahazan kini sedang sarat hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan muallaf Muhammad Raqeem Brian.

Sebelum ini, mereka dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Althea yang kini genap berusia tiga tahun.

Kebiasaannya, kebanyakan ibu mengandung pastinya akan mengadakan majlis ‘baby shower’ namun berlainan pula buat Nana apabila dia sepakat mengadakan sesi fotografi bersama keluarganya dengan kandungannya yang kini sudah masuk bulan kelapan.

Dengan berlatar belakangkan sofa dan kehijauan alam sekitar, gambar-gambar yang ditangkap oleh pereka profesional itu kelihatan begitu menyegarkan dan menarik untuk dilihat.
Terserlah kebahagiaan yang dimiliki oleh Nana sekeluarga!

Semoga Nana selamat melahirkan cahaya mata keduanya dan diharapkan proses itu akan berjalan lancar dan kedua-dua ibu dan bayi selamat.



Sumber : Instagram Nana
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved