Fizo Omar Selamat Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

on Sunday 10 November 2013

Tahniah diucapkan kepada pasangan Fizo Omar dan Mawar Abd Karim yang kini sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada jam 9.32 pagi dalam satu majlis yang dihadiri beberapa rakan artis.


Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat dengan mas kahwin berjumlah RM506.

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram.

Majlis bertambah menarik apabila terdapat tujuh orang selebriti lelaki diketuai oleh Datuk Rosyam Nor, Johan As’ari, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Karl Shafek dan Nazim Othman yang membawa dulang-dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki.



Bagi pihak perempuan pula, mereka membalas dengan hantaran yang mewakili tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal WWF120, jaket, motosikal berkuasa tinggi.

Untuk pengetahuan anda, majlis penuh meriah ini telah berlangsung di kediaman keluarga Mawar di Country Heights, Kajang sambil dihadiri oleh kaum keluarga serta kenalan terdekat.

Menurut pasangan pengantin baru ini, mereka akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved