Fizo Omar Bengang Orang Komen Pasal Fanatik Tudung Fareeda

on Monday 4 November 2013

Umum tahu pelakon popular Fizo Omar dan bakal isterinya Mawar akan melangsungkan perkahwinan pada 10 November ini. Mawar merupakan usahawan dan jg model tudung Fareeda telah membuat rekaan eksklusif terhad bagi tudung bernama Fareeda Aisya & Sofiya corak ‘Sweet Love Seindah Ikatan Cinta’ yang dijual pada 2 November.

Oleh kerana tudung itu terhad, maka berpusu pusu pembeli mahu mendapatkan tudung itu dan ada yang sanggup beratur malah tidur di kaki lima kedai semata mata tak mahu ketinggalan memiliki tudung Fareeda.

Memang dasyat kan…penangan Fizo dan Mawar ni…dah jadi satu fenomena pula sejak Fizo Omar dan Mawar Fareeda mengumumkan mereka mahu berkahwin..apa kan tidak tudung Fareeda tiba tiba meletop , lihat saja sambutan dalam gambar di bawah.



Peminat komplen tudung Fareeda singkat

Tetapi ada satu perkara yang berlaku pula, dalam pada Fizo Omar teruja memuatnaik gambar pembeli peminat menyerbu kedai tudung Fareeda di laman Facebook, ada komen dari peminat yang menegur situasi yang dilihat terlebih ‘fanatik’ dan ada juga yang berpendapat tudung Fareeda itu sangat singkat. Ada pula yang menegur tentang gambar Fizo memeluk bahu Mawar dan berpegang tangan semasa majlis melamar Mawar tempoh hari.

Komen peminat



Komen peminat yang berbalas balas dan ada yang berhujah membuatkan Fizo juga tidak senang dengan keadaan itu.

Ramai nak jadi ustaz dan ustazah


Fizo akhirnya membalas di laman fb nya bahawa dia bukan sengaja mahu menunjukkan nunjuk tentang tudung Fareeda dan membalas ramai sangat nak jadi ustaz dan ustazah yang memberi komen di fbnya. Kata Fizo tudung Mawar Fareeda bukan singkat semuanya malah ada dalam pelbagai saiz. Fizo Omar berharap peminat berhenti mengumpat dan memfitnah dia dan tudung jualan di premis Fareeda.

Komen Fizo


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved