Bekas KP Imigresen, Wahid Don dijel 6 tahun, denda RM300,000

on Friday 1 November 2013

Bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Wahid Md Don dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300, 000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan rasuah melibatkan RM60, 000

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md.Don dipenjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan berhubung meluluskan visa pekerja Bangladesh.

Hakim Rosbiahanin Arifin memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun menolak pernohonan Wahid untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan diarah menjalani hukuman penjara berkuatkuasa hari ini.

Sekiranya gagal membayar denda, Wahid juga bakal berdepan hukuman penjara enam bulan.
Dia didakwa menerima suapan RM60,000 daripada Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan bagi 4,377 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki Malaysia.

Kejadian didakwa berlaku di rumahnya di Jalan Lembah Ledang off Jalan Duta pada pukul 10.15 malam, 10 Julai 2008. 

Sumber : KOSMO!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved