Adira Dapat Cincin Daripada Si Dia?

on Friday 1 November 2013


Artis kelahiran Akademi Fantasia musim ke 8, Siti Adira Suhaimi sebentar tadi baru sahaja memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya yang menunjukkan jarinya tersarung sebentuk cincin.

Biarpun Adira tidak meletakkan sebarang keterangan, namun ia sudah cukup menimbulkan tanda tanya kepada peminat-peminat.

Lebih-lebih lagi lelaki yang sedang dikaitkan dengan Adira, Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M) ada meninggalkan komen di gambar tersebut yang berbunyi “I LOVE you sayang. See u later”


Adakah cincin itu pemberian Shahrul? 


Adakah mereka sudah mengikat tali pertunangan ataupun itu sekadar cincin tanda percintaan mereka? 


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved