Pelbagai teka teki dan persoalan berlegar di kalangan peminat dan komunitiMotoGP mengenai kedudukan pelumba sensasi Moto3 Malaysia iaituZulFahmi Khairuddin di dalam pasukan Red Bull KTM Ajo musim 2014, dengan prestasi yang agak merundum dengan hanya berkedudukan ke 10 musim ini berbanding ke 7 musim 2012, namun khabar berita gembira di terima, pelumbaMoto3 negara Zulfahmi Khairuddin akan kekal bersaing kelas moto3 di kejuaraan MotoGP 2014 seperti yang disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali.
Razlan yang ditemui selepas menyambut kepulangan Zulfahmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam berkata, pelumba berusia 22 tahun itu kekal berlumba di bawah seliaan pengurusan Aki Ajo yang berada di bawah naungan Ajo Motorsport ketika ini, cuma belum pasti samada pelumba itu kekal di Red Bull KTM Ajo atau seperti pasukan AirAsia-SIC-Ajo tahun sebelum ini.
selesai menjalani pembedahan di Barcelona
Razlan yang ditemui sebelum ini mengaku bimbang mengenai masa depan pelumba itu selepas dilihat bergelut dengan prestasi sepanjang musim ini. Menurut Razlan, Red Bull selaku penaja utama Zulfahmi musim ini masih berbelah bagi sama ada mahu menajanya lagi pada musim depan atau sebaliknya.
“Ketetapan Red Bull belum pasti, ketika Zulfahmi beraksi cemerlang, mereka menyatakan mahu mendapatkan kembali khidmatnya tapi ketika mencatat keputusan hambar, mereka ambil keputusan tunggu dan lihat dulu,” katanya. Meskipun tidak lagi menaja Zulfahmi sepenuhnya, Razlan berkata, SICbertanggungjawab memastikan masa depan pelumba negara itu.
Sementara itu, janji Zulfahmi untuk menaiki podium pada saingan Grand Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) 13 Oktober agak sukar setelah terpaksa menjalani pembedahan kecil pergelangan tangan kanan di Barcelona, Selasa lalu. Bukan mengaku kalah lebih awal, namun pelumba kelahiran Banting, Selangor itu tidak mahu meletakkan sasaran tinggi, Malah sekiranya berjaya dalam kelompok lima terbaik di Sepang, ia sudah memuaskan hatinya dan berharap ia juga dapat memuaskan hati peminatnya.
Dan paling istimewa untuk seluruh peminat MotoGP di Malaysia julung kalinya 5 pelumba Malaysia akan beraksi di hadapan ribuan penonton yang akan membanjiri SIC 13 Oktober ini, Dengan Zulfahmi dan Azlan Shah sebagai pelumba tetap MotoGP, 3 pelumba Wildcard Malaysia di tampilkan iaitu sensasimoto2 negara Hafizh Syahrin dan 2 wildcard moto3 negara iaitu Husni Aizat dan Amirul Hafiq. Adakah penonton akan histeria dengan aksi mengila pelumbaMalaysia seperti musim lalu?... kita nantikan 13 Oktober ini...
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment