Wanita Cedera Selepas Dipatuk Ular Kapak Yang Direndam Dalam Wain

on Thursday, 3 October 2013


HEILONGJIANG – Seorang wanita cedera selepas dia dipatuk oleh ular kapak yang direndam di dalam wain selama tiga bulan, ketika wanita itu mahu minum wain tersebut. Dia bagaimanapun selamat selepas diberikan rawatan di hospital.

Kejadian berlaku selepas wanita itu yang dikenali sebagai Liu mahu minum wain ular, yang merupakan ubat tradisional Cina, bagi mengubati penyakit radang sendi yang dialaminya.
Namun selepas penutup botol dibuka, ular tersebut telah mematuknya ketika reptilia itu cuba melarikan diri.

Saudara maranya yang mendengar jeritan wanita itu kemudian membunuh ular terbabit.
Liu akan minum wain tersebut setiap kali dia berasa sakit dan ular tersebut diberikan oleh suaminya bagi membantu dia mengatasi masalah radang sendi.

Menurut pakar, ular berkenaan dapat hidup meskipun sudah tiga bulan direndam dalam wain kerana ia mendapat oksigen yang mencukupi setelah penutup botol tersebut tidak ditutup dengan kemas.


Wain ular telah digunakan dalam rawatan tradisional Cina sejak beribu-ribu tahun yang lalu bagi mengubati pengakit radang sendi, sengal badan dan masalah kesihatan yang lain.
Ia juga digunakan untuk menguatkan tenaga batin oleh kaum lelaki - ABN News
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved