Sisa-Sisa Hidup Angelina Jolie

on Monday, 7 October 2013


Apa yang akan anda lakukan jika hayat anda berbaki tiga tahun lagi?

Pasti, sisa hidup itu akan digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan diri dan memberikan yang terbaik untuk orang yang tersayang.

Itulah yang perlu dilalui pelakon terkenal, Angelina Jolie, yang sudah meramal jangka hayatnya hanya berbaki lebih kurang tiga tahun sahaja.

Memandangkan tempoh tiga tahun itu bukanlah satu jangka masa yang panjang, Jolie yang lebih mesra disapa sebagai Angie ini turut membuat senarai perkara yang ingin dicapai dalam tempoh itu.

Menurut Angie atau nama sebenarnya, Angelina Jolie Voight, 38, salah satu perkara yang diingini adalah untuk bergelar isteri kepada tunangnya, Brad Pitt.

"Saya teringin untuk bergelar isteri kepadanya (Brad Pitt) sebelum saya meninggal dunia.

"Sebelum ini, kami pernah berjanji untuk membina sebuah keluarga yang lengkap dengan berkahwin.

"Inilah impian yang paling indah buat saya dan saya menantikan detik itu untuk meraikan bersama anak-anak," katanya yang pernah mengumumkan untuk melangsungkan perkahwinan pada Mei lalu setelah bertunang pada April 2012.

Pada masa yang sama, ibu kepada Maddox, 12, Pax, 10, Zahara, 8, Shiloh, 7, Knox dan Vivienne, 5, juga turut meluangkan masa bersama Pitt di beberapa lokasi romantik.

Malah, Angie juga turut menginap di hotel kegemaran mereka, Hotel Sunset Tower.

Namun, berbeza dengan sebelum ini, Angie memilih bilik yang pernah diduduki tunangnya itu bersama bekas isteri, Jennifer Aniston.


Penyakit warisan keluarga

Walaupun ianya hanya ramalan, namun detik hati Angie, kuat mengatakan bahawa dia turut mewarisi penyakit daripada keturunan ibunya.

Menurut Angie, kebanyakan keluarga sebelah ibunya meninggal dunia akibat penyakit barah.

"Keluarga ibu saya semuanya meninggal di usia muda dan jangka hidup mereka pendek.

"Jadi, saya perlu bersiap sedia untuk melalui fasa ini dengan tenang dan mengetahuinya dengan lebih awal.

"Lagipun, sebelum ini sudah ada tanda-tanda yang mengesahkan bahawa saya turut mengidap penyakit yang sama," katanya yang baru sahaja menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudara pada awal tahun lalu.

Pembedahan itu dilakukan setelah doktor menemui gen kanser payudara yang masih lagi berada di peringkat awal.


Buang rahim

Walaupun telah menjalani pembedahan itu, namun Angie tetap mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyakitnya itu dari terus merebak.

Malah, Angie juga merasakan, dia perlu membuang rahimnya untuk mengelak daripada risiko dijangkiti barah.

"Walaupun saya tahu umur saya tidak panjang, namun saya cuba untuk merawatnya.

"Kemungkinan, saya akan membuang rahim kerana ianya juga berisiko untuk jangkitan barah.

"Saya mahu menikmati hari-hari terakhir tanpa rasa bebanan sakit yang melampau seperti yang pernah dialami saudara mara saya sebelum ini," katanya.


Tolak tawaran lakonan

Lebih selesa menghabiskan masa yang ada bersama keluarga dan anak-anak, Angie banyak menolak tawaran lakonan yang diterima.

Mengakui tahap kesihatannya yang tidak begitu baik, Angie merasakan waktu yang ada itu hanyalah untuk bersama orang-orang yang tersayang.

Selain itu, Angie juga turut menolak tawaran lakonan menerusi filem sekuel, Salt.

"Buat masa ini, saya tidak mahu menumpukan perhatian pada kerjaya. Cukuplah masa yang ada ini bersama anak-anak.

"Selain itu, waktu ini saya akan gunakan sepenuhnya untuk menjalani beberapa rawatan susulan.

"Saya sangat sayangkan Pitt dan anak-anak. Saya tidak tahu bagaimana kehidupan mereka bila saya tiada nanti.

"Jadi, saya perlu kuat dan tidak menjadikan penyakit ini sebagai alasan untuk mengecewakan mereka," katanya yang kini sibuk dengan filem kedua arahannya, Unbroken.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved