Penceroboh Rumah Rihanna Ditangkap

on Monday 7 October 2013


Penceroboh rumah penyanyi Rihanna pada Jumaat lalu berjaya ditahan pihak polis dibawah akta pecah rumah seperti dilapor TMZ.COM.

Sumber penguatkuasaan undang-undang negara tersebut memberitahu penceroboh adalah seorang lelaki berusia 27 tahun dan mendakwa dia dan Rihanna adalah kawan baik.

Lelaki itu cuba menconteng dinding rumah penyanyi tersebut di Los Angeles pada kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Pihak keselamatan penyanyi tersebut telah menghubungi 911 dan penceroboh berjaya dikesan pada satu kilometer dari rumah itu.

Bagaimanapun, Rihanna tidak berada dirumah semasa kejadian berlaku.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved