Menurut laporan akhbar, seorang pelumba muda basikal Terengganu maut dalam nahas jalan raya di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi tadi.
gambar dari beliabangkit
Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) Datuk Saidi Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Mohamad Asmu’i Ali @ Awang, 20, berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
“Mayat mangsa kini berada di Hospital Dungun dan akan dibawa balik ke Kuala Ibai setelah semua urusan selesai nanti,” katanya.
Beliau berkata, kejadian berlaku semasa Mohamad Asmu’i hendak mengambil air dari van pengiring dan beliau dikatakan terjatuh dan terlanggar dengan van berkenaan.
Di fahamkan, mangsa bersama pelumba yang lain sedang dalam misi kayuhan untuk menyertai kejohanan kreterium di Sepang Ahad ini.
Sehubungan kemalangan itu, Saidi berkata misi kayuhan ke Sepang itu telah dibatalkan. – Bernama
Sumber : kezoom.blogspot.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment