Pelatih PLKN Dakwa Bunuh Rakan Pelatih

on Monday 7 October 2013

Kes bunuh seorang pelatih PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) September lalu dan enam pelatih PLKN telah didakwa membunuh dan mendatangkan kecederaan kepada mangsa.


PEKAN: Enam pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, terhadap pertuduhan berasingan membunuh dan menyebabkan kecederaan kepada rakan pelatih mereka pada September lalu.

Seorang tertuduh berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, di Kem Latihan Khidmat Negara Pinggiran Pelangi Muadzam Shah pada 22 September lalu antara jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

Manakala lima lagi tertuduh berusia 17 hingga 23 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada tarikh sama pada jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa atas kesalahan membunuh dan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Lima lagi tertuduh yang berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan dikenakan ikat jamin RM3,000 dengan ibu bapa masing-masing sebagai penjamin. 

Sumber : Harian Metro

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved