Majlis resepsi Ashraf Muslim dan Wan Sakinah pada November

on Thursday, 3 October 2013


Majlis resepsi Ashraf Muslim dan Wan Sakinah - Pasangan kontroversi Ashraf Muslim dan Wan Sakinah dikhabarkan bakal melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka pada November ini di Ipoh, Perak meskipun masih terpalit dengan isu pertikaian tentang kehamilan Wan Sakinah.

Terdahulu, mereka telah bernikah secara senyap-senyap di Selatan, Thailand pada 7 Julai lalu dengan hanya dihadiri oleh ibubapa Wan Sakinah. Susulan itu, Ashraf telah dihentam dan dikritik peminat kerana menipu isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman dengan memberi alasan bercuti di sana.

Perancangan terbaru pelakon itu mungkin mengundang perasaan kurang senang dari kalangan peminat khususnya kaum wanita yang memahami perasaan yang sedang dialami Noor Dayana. Apapun, admin ucapkan tahniah. Mungkin lebih baik jika majlis tersebut diadakan secara sederhana.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved